pabila life ini dapat banyak ujian....
apa yang akan dilakukan....???
noted:ini salah satu contengan sahaja....
pernah terbaca satu ayat al-quran,
"Ingatlah sesungguhnya dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."
benar-benar terkesan dengan ayat ini.
Benar, bahawa aku akui aku bukanlah baik sangat sebelum ini, cuma aku bersyukur kerana dibesarkan dalam keluarga yang amat mementingkan agama dalam kehidupan.
Justeru, mudah untuk aku terima semua yang berkaitan agama suci ini.
Semakin lama mempelajari semua ini, aku sendiri dapat menyedari perubahan dalam diri.
Hatiku menjadi sangat lembut, mudah tersentuh dengan apa sahaja dan yang paling aku syukuri hati ini juga yang kadang-kadang menangis memikirkan dosa-dosa lalu dalam solat-solat malamku.
menangis melihat apa yang berlaku.
dan juga...
Hidup tak selalunya indah, kerana hidup ini umpama roda. Ketika berada di atas, jangan terlalu bermegah kerana kita mungkin berada di bawah, dan ketika di bawah, percayalah suatu hari nanti kita boleh berada di atas.
Akan tetapi fitrah manusia biasa, mahukan yang baik dan indah belaka. Semakin kita mendekatkan diri kepada Allah, semakin banyak ujian dan dugaan yang datang, untuk menguji sejauh mana keimanan dan kebergantungan kita kepada Allah.
Kata orang, ujian itu sebenarnya tanda kecintaan Allah kepada kita.
perlu diingatkan...
firman Allah dalam surah Al-baqarah ayat 284-286. Antara firmannya:-
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala( dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa(dari kejahatan) yang dikerjakannya..."
Allah mengetahui yang kau boleh memikulnya... Yakinlah, jangan kau berputus asa.. Ini baru dugaan yang kecil...
dan saya baca satu artikel...sy perlu SHARE:
"Hah... ustaz pasti setiap orang pasti diuji oleh Allah kan... Cuma bentuk ujian yang diterima oleh setiap insan itu tidak sama. Dan masa seseorang menerima ujian itu juga tidak sama. Kita mugkin lebih dari segi ini, tetapi kurang pula pada bahagian lain. Kalau kita kekurangan dalam sesuatu, jangan rasa lemah, kerana Allah telah menjadikan kita dengan sebaik-baik penciptaan. Pastinya kita boleh memperbaiki diri untuk menjadi orang yang berjaya... InsyaAllah... Ketika kita ditimpa ujian, jangan kita mengeluh kerana ujian itu boleh bertukar menjadi rahmat seandainya kita redha menerimanya."
"Ustaz bagi satu contoh, katakanlah kamu 'plan' nak keluar dengan kawan-kawan masa cuti penggal nanti... Kira plan yang habis-habisan la... nak shopping, tengok wayang, main bowling dan macam-macam lagi la... Last-last masa hari yang dijanjikan tu kamu tak dapat pergi sebab hujan lebat... kamu mesti rasa sedih, frust, kecewa dan marah. Kiranya ini ujian untuk kamu la... tapi, sebenarnya kamu tak sedar di sebalik hujan itu ada rahmatnya."
"Mungkin seandainya Allah tak turunkan hujan, kamu akan pergi dan memandu dalam keadaan laju. Akibatnya terlibat dengan kemalangan. Nah... itulah rahmatnya, Allah sayangkan kamu dan mahu memanjangkan nyawa kamu... tidakkah kamu sedar?"
"Namun kondisi kita hari ini jauh berbeza dengan konsep islam yang sebenarnya. Setiap ujian yang datang, manusia akan mula menyalahkan orang lain. Kadang-kadang yang lebih dahsyat menyalahkan Allah."
Ingat firman Allah yang berbunyi, "Mungkin sesuatu yang kamu rasa baik bagimu adalah buruk di sisi Allah dan sesuatu yang buruk bagimu adalah baik di sisi Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui."
Oleh itu, kita kena anggap ujian yang Allah bagi pada diri kita ni sebab dia sayang dekat kita. Dia nak hambanya tak terpesong jauh, kembali mengingati diriNya.
Sepatutnya kita seronok bila dapat ujian, tandanya Allah masih ingat dekat kita walaupun kita dah banyak buat dosa. "terang Ustaz Zukilan panjang lebar.
dan saya sedar bahawa..apa yang berlaku ada hikmahnya.
"Ingat, pelangi itu indah, ia pasti akan muncul, lebih indah jika kita sabar menunggunya." Kerana Indahnya Pelangi..
p/s: ini contengan hati...
diri ini belum baik lg..perlu diperbaiki.semoga Allah memakbul doa hamba yang khilaf ini...
No comments:
Post a Comment